Friday, November 18, 2011

macam-macam ada

Hari raya korban baru saja berlalu, kemeriahannya tetap terasa walaupun tidak semeriah sambutan aidilfitri. Taun nih aku dan keluarga melakukan ibadah korban. Ini juga kali pertama aku berhariraya dengan anak-anak tiri aku walaupun tanpa suami (sebok keje). Apa nak buat kan dah keje terpaksalah.......

Takde persiapan raya yang spesial cuma yang biasa-biasa saje. Malangnya raya korban taun jugak tok guru yang pernah mengajar aku mengaji pergi menghadap ilahi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Esoknya plak adik ipar aku keguguran.....letih jugak aku dibuatnya, maklumlah dari pukul 3.am sehingga ke 11 am aku di spital menguruskan keadaanya. Alhamdullillah akhirnya semuanya berjalan dengan lancar, diapun dah bertambah sihat sekarang nih cuma kena berpantang sikitlah kalau nak cepat sihat. Mungkin belum rezky dia lagi untuk punyai cahayamata.

Aku plak bila nak ada cahayamata????????entahlah aku tak tau......mungkin Allah belum izinkan aku untuk mempunyai cahayamata sendiri. Sapa yang tak nak kan anak.... setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahayamata, tapi.......Allah jua yang menentukan segalanya.

Ni dah time cuti sekolah, maknanya time nih jugak ramai yang mengadakan majlis perkahwinan. Tahniahlah pada yang akan berkahwin tu... selamat memasuki gerbang perkahwinan, banyak asam garam yang terpaksa anda lalui selepas ini, pandai-pandailah ya membawa diri.

Kalau tak ade aral melintang aku n family akan ke sitiawan sok pagi untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sedara aku disana. Time ujan nih risau jugak nak jalan jauh2 ni tapi kalu tak pegi pun tak kena jugak. time aku kawin dulu mak bapak dia sefamily sumanya turun umah aku di kuantan nuh, jadi sekarang masa dia plak, tak kan tak pegi plak kot. sekali skala apa salahnya kan...... sambil tu bleh jugak jalan2 cari makan. Tak kiralah makan angin pun kira ok gak kan hehehe