Tuesday, September 13, 2011

jalan-jalan dihari raya

Baru-baru nih aku n family ada gi jalan-jalan raya, tujuan utamanya adalah nak gi tengok pak sedara aku yang sedang sakit. Pak sedara aku nih tinggal di sitiawan dengan anak dia. Kami bertolak dari umah aku di shah alam lebih kurang pukul 10.30am. Biasalahkan janji nak gi awal tapi macam-macam hal yang berlaku. Suami aku pulak ari tu balik keje lambat sikit dari biasa, katannya eksiden tak abis-abis lagi dari semalam.

Kami singgah sekejap kat kuala selangor untuk makan pagi, sedap gak nasi lemak kat situ tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang melantak kat umah. Sepanjang perjalanan dari kuala selangor ke sitiawan sangat cantik. Kami memilih untuk melalui jalan-jalan kampung, aku lebih suka jalan kampung dari highway kerana boleh tengok keindahan kampung.

Sawah-sawah padi yang terbentang luas disepanjang perjalanan membuatkan aku terleka sebentar. Betapa indahnya hidup didesa.......seronok. Banyak jugak tempat yang kami pergi antaranya Teluk Senangin. Cantik tempat tu tapi sayangnya waktu kami sampai tak orang pun, mungkin sebab bukan waktu cuti sekolah agaknya. Pantainya yang cantik, airnya yang bersih, ikan pun bleh nampak melompat-lompat bermain digigi air. Sesuai untuk para pemancing. Malangnya kami terlupa nak bawa joran, kalau tak dah tentu makan ikan bakar aritu.

On the way nak balik ke shah alam kami singgah di Bidor.... banyaknya orang jual petai kat situ. Macam pesta jual petai plak rasanya. Macam-macam harga yang ditawarkan bergantung kepada sebesar mana ikatan petai tersebut. Aku pun beli gak bawak balik, bukan apa memang aku nih peminat petai jadi bila dah terjumpa yang mjurah tu sambor ajerlah jawabnya. Petai tu aku buat sambal dan sebahagian lagi aku buat jeruk. Sedap oooooooo.......perghhhhhhh rugilah pada sesiapa yang tak makan petai.

Rasanya banyak lagi yang aku nak citerkan nih , tapi nanati lain kali plak lar k.......jumpa lagibbyyyyeeeee