Friday, December 18, 2009

Ketulusan Hati




Kalau berkait dengan hati susah sikitlah kalau nak cakap yang kita betul-betul tulus. Hanya tuan punya diri sahaja yang tau sama ada ia ikhlas ataupun tidak. Cintailah Allah dan rasulnya melebihi cintai sesama manusia kerana Allah tidak pernah menghampakan makhluknya.

Thursday, December 17, 2009

Pesanan Nabi Muhammad s.aw

Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja

Assalamualaikum... Untuk manfa'at bersama........

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :

. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan au mengkhatamkan Al Qur'an.
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk manfaat bersama.

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431. Semoga Tahun Baru Islam ini memberi semangat serta nafas yang baru bagi kita semua dalam meneruskan kehidupan.

Waktu-Waktu Mustajab Berdoa

Sepertiga Malam

"Sehampir-hampir seorang hamba kepada Allah adalah diwaktu tengah malam yang akhir, maka jika kamu sanggup menjadi diantara orang yang meningat Allah pada saat itu maka jadilah"

(Riwayat Al-Tarmizi)

Antara Azan dan Iqamah

"Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak (makbul) kerana itu berdoalah kamu pada waktu itu"

(Riwayat Abu Khuzaimah Ibnu Hibban)

Ketika Dalam Sujud

"Saat seseorang hamba sangat hampir dihadapan Tuhannya adalah diwaktu dia sujud,kerana itu perbanyakkanlah doa dalam sujud"

(Sabda Nabi S.A.W)

Selepas Solat Maktubah (Fardu)

Pada Hari Jumaat

Pada hari Arafah

Ketika Ayam Berkokok

"Apabila kamu mendengar ayam janyan berkokok mohonlah kepada Allah akan kurniaannya sebab ayam itu mellihat malaikat. Dan apabila kamu melihat kuda menangis maka berlindunglah kepada Allah sebab kuda itu melilhat syaitan"

(Riwayat Muslim)

Malam Lailatul Qadar

Ketika Hujan Turun

" Ada dua macam doa yang tidak ditolak iaitu ketika azan dan ketika hujan turun"

(Riwayat Al-Hakim)

Ketika berada dekat dengan orang yang sedang menghadapi sakaratul maut (nazak).

Tuesday, December 15, 2009

Iktibar Bersama

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..



1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :



1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Tuesday, December 8, 2009

Coretan Hujung Tahun

Assalamualaikum......................Pejam celik pejam celik dah nak abis taun, terasa cepat sangat waktu berlalu sekarang ni, tau-tau aje dah nak abis setahun dan tahun baru pulak bakal menyusul seketika nanti. Apa yang telah kita buat disepanjang tahun yang bakal berlalu ni???.

Cukupkah amal ibadat kita sepanjang taun ni?.....manalah tau kalau-kalau umur kita tak panjang sekurang-kurangnya ada jugak bekal nak dibawa didalam kubur nanti. Kalau masa hidup ni kita sebok dengan bermacam-macam urusan dunia jadi tak salah sekiranya kita ambil sedikit dari waktu kita untuk buat amal ibadat. Untuk kita jugak bukan untuk orang lain kan......

Setiap kali tiba taun baru pasti soalan utama yang akan ditanya ialah "Apa azam taun ni". Tapi bagi aku lain lar pulak sebabnya aku ni bukanlah seorang yang suka untuk berazam-azam ni, apa yang aku buat selama ini adalah azam aku tak kiralah apapun. Yang penting happy beb.....

Tapi apapun taun ni aku amat bersyukur dengan apa yang Allah tentukan untuk aku, sumanya ya Allah amat manis bagiku......dari permulaan taun sehinggalah keakhir taun sumanya indah-indah belaka walaupun ada sedikit dugaan yang mendatang tapi itu tak melemahkan aku. Itukan asam garam kehidupan yang pasti dirasai oleh setiap makhluk ciptaan tuhan.

Apa yang aku harapkan agar taun-taun yang mendatang bakal memberikan sinar yang lebih baik untukku dan memguatkan semangat aku dalam mengharungi kehidupan. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Hanya padamu aku berserah Ya Allah.

Saturday, December 5, 2009

Gambar-gambar sekitar Ibadah Korban

Kali pertama surau depan umah aku buat ibadah korban. Seronok gak walaupun agak meletihkan tapi yang bestnya suma yang hadir membantu sekadar yang termampu.






Daging yang telah siap dilapah.









Waktu lembu sedang di lapah. Yang pakai kopiah putih tu tukang masak yang terkenal kat tempat aku.......jangan tak tau










Tamatlah riwayat seekor lembu..................hu hu hu










Waktu penyembelihan sedang dilakukan......tengok la tu ramai yang membantu tak kurang juga ramai yang melihat saja....macam-macam