Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun baru




Tahun Baru menjelang lagi.................kini dah pun tahun 2010 maknanya dah hampir suku abad dah umur aku nih dah tua dah hehehe. Apa azam taun baru ni??????? itulah soalan yang popular yang akan ditanya apabila tahun baru menjelma. Tapi apa jadi dengan azam taun lepas........dah tercapai atau belum, Lu pikir la sendiri...................

Apapun moga tahun baru 2010 ini bakal memberikan sinar kebahagiaan dan keceriaan kepada kita semua. Yang baik tu kita jadikan tauladan dan yang buruk tu kita cuci jer dengan clorox he he he................gurau jer, yang buruk tu kita jadikan sempadan.

Thursday, December 31, 2009

Erti Persahabatan

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.


Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya


Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.


Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.


Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.


Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.


Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya


Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.


Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.


Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.


Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.


Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.


Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.


Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.


Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Permata hati dan Jiwa

Ini memang kegemaran dia, pantang dengar music dia akan sibuk nak gitar dan nyanyi. Memang dia suka menyanyi. Biasanya kami akan pasang lagu melalui komputer dan dia akan ikut sama menyanyi, kadang-kadang betul liriknya kadang-kadang dia buat lirik sendiri.... lagi mengancam, ikut suka dia jer.
Tengok fesyen rambut dia, bukannya dia nak bagi orang sikat rambutnya nak sikat sendiri, stail aper nak tau........dia suka stail rambut "Noh Hujan", abis lawa dah tu...
Inilah satu-satunya anak sedara yang aku ada buat masa ini...............next year akan coming soon sorang lagi, tak tau lar boy ker girl. Yang pastinya si Widad nilah tempat aku bermanja, dialah racun dialah penawar dan dialah segala-galanya. Tengoklah senyuman dia tuh, bila tengok dia senyum dan ketawa boleh hilang segala keletihan.

Rumah kami akan sunyi kalau dia tak ade, keletahnya mengalahkan orang tua, silap haribulan kita pun dia boleh kelentong. Si Widad ni memang jadi kesayangan kami sekeluarga malah menjadi kesayangan orang Blok 8, sape yang tak kenal ngan dia.......budak gebok.

Apapun Umi dan suma sayang Widad....................you mean everything to us. LOVE YOU

Kiriman Puisi Dari Seorang Teman

SELAMAT PAGI ...........

Kurasakan hangat indahnya sang mentari

membangunkanku dari tidur yang lelap ini

Sinarmu yang terang mulai memasuki mata

dan mengusirku dari alam mimpi

Dan kini kubergegas tuk segera siapkan diriku

tuk mulai menjalani hari ini

Tak sabar ku temui seluruh sahabat yang tersenyum

menyambut datangnya pagi ini

Dan kukatakan..

Selamat pagi!!

Embun membasahi dunia dan mulai mengawali hari ini

Dan kukatakan:

Selamat pagi!!

Kicau burung bernyanyi dan kini ku siap tuk jalani hari ini.

Kini bergegaslah sipakan dirimu untuk memulai menjalani hari ini

Wednesday, December 30, 2009

Athirah Dan Family

Ini gambar aku ngan emak si Athirah, Puan Hendon........sambal cicah yang mak anjang buat ni memang sedap , boleh buat komersial u.......dah sampai kelate pun sambal cicah yang dibuatnya.















En.Rosli Bin Din........ayah si Athirah, dulu dia mengajar kat tempat aku Sek. Keb. L.K.T.P Sungai Pancing Utara.

























Athirah dan adik-adiknya Asilah, Amiera dan Afiq.







Inilah Athirah dan Afiq..........dah besar dah, Afiq dulu aku panggil dia bulat sebab masa kecik dulu dia memang tembam, sekarang ni dah kurus tinggi, tak tembam lagi. Hensem si Afiq nih.......















Ini pulak si Amiera dan Asilah dan yang kecik tu sape lagi kalu bukan Widad.

Athirah................nama ini cukup sinonim dengan family aku suatu masa dulu, kami satu family memang sayang pada dia, tak lama pas tu adik dia pulak lahir adik dia Afiq namanya, budak dua orang ini memang menjadi kesayangan kami sekeluarga. Arwah mak aku dulu mengasuh budak dua orang ini sejak dari lepas pantang lagi sehinggalah umur Athirah hampir 2 tahun.

Maklumlah pada waktu tu kami mana ada anak sedara jadi pada mereka berdualah tempat kami mencurahkan kasih, sayangnya tak terkira macam anak sedara sendiri jer.....tapi sekarang mereka berdua dah besar, Athirah pun dah masuk U dah sekarang nih........Maknu harap hubungan silaturrahim kita akan berkekalan.

Terima kasih atas layanan baik semasa kami berkunjung kesana tempohari, rasa tak puas sebab sekejap sangat.......InsyaAllah ada masa kami akan kesana lagi.

Percutian Di Langkawi

Minggu lepas aku ke Langkawi.........ini bukanlah kali pertama aku kesana, tapi kali ini aku kesana dengan family best lar sikit.



Aku ngan Mc Jue di gunung mat cincang........sejuk udara kat atas tu. Naik Cable Car.












Gambar di makam Mahsuri aku tengok ramai orang buang diut syiling kat situ......pasal apa tah, heran gak aku.

















Ini pulak masa nak balik dah......di jetty Langkawi terpaksa tunggu sehingga hampir 2 jam sebab tiket feri habis. Masing-masing dah keletihan.........ingat nak tidor jer ni zzzzzzzzz
















Dipantai tengah saja nak aksyen.......ma kat belakang tu sibuk kutip kulit siput.

















Di pantai Beras Basah...............yang peliknya sebiji beras pun aku tak nampak kat situ, monyet banyak lar......confuse aku heh heh heh.
















Ma dan Dilla, waktu malam di Langkawi.


















Di pantai tengah, tunggu nak tengok matahari terbenam.......sempat lagi posing u.

















Menyaksikan matahari terbenam di pantai tengah Langkawi...............sungguh indah ciptaan Tuhan.












Di Tasik Dayang Bunting aku sempat jugak buat massage kaki ngan ikan keli, banyak ikan keli kat situ.........mula tu rasa geli jugak tapi lama kelamaan rasa sedap pulak. Lagipun free jer massage ini.















Aku takut waktu nih......nak tau kenape, aku kena kejar ngan monyet, dia nak kan bekalan makanan yang aku bawa dalam bakul (bukan ada makanan pun cuma susu syakir jer). akhirnya aku serahkan bakul tu pada Faisal.















Tasik Dayang Bunting, pandangan dari tengah laut. perhatikan betul-betul bentuk orang kat situ.
















Depan chalet pada waktu pagi.














Inilah dia Makam Mahsuri.


















Bersama ma di beras terbakar.


















Dipapan tanda beras terbakar........panas terik waktu tu, tu yang tersengih lain macam jer.












Di Jetty Kuala Perlis sewaktu nak ke Pulau Langkawi.

Saturday, December 19, 2009

Cerita Musim Tengkujuh

Hujan...................Dah seminggu dah hujan kat tempat aku ni tak berenti-berenti lagi nih.....semua program terpaksa ditangguhkan dulu maklumlah musim-musim hujan ini orang nak kuar umah pun malas, baik duk umah tido lagi best ya tak ...

Tiba musim tengkujuh ni banyak meninggalkan memori silam waktu aku kecik-kecik dulu. Time ujan macam ni (ujan banjir) pasti aku tak lepaskan peluang untuk mandi hujan. Seronok giler beb..terasa waktu tu dunia ini aku yang punya, yalah waktu tu kecik lagi mana ada masaalah yang tau cuma makan tidor jer....kalaulah boleh kembali kezaman masa bebudak dulu alangkah seronoknya....

Lagi satu yang seronoknya musim ujan kat tempat aku ni ialah ikan sungai, waktu nilah ikan-ikan sungai ni cukup banyak.....kalau kat tempat aku waktu macam nilah bebudak lelaki sibuk nak menjala dan tahan pukat, aku pun tumpang gak sekaki, bukan apa saja seronok jer bila tengok jala dan pukat diaorang penuh ngan ikan.

Umah aku ni dekat ngan ladang sawit, jadi kalau waktu ujan banjir ni memang best, sebab boleh meranduk air...........tak ada siapa yang nak marah cuma kena hati-hatilah sikit takut terkena pelepah sawit yang dihanyutkan oleh air nanti tak pasal-pasal kena pi spital..... kan haru jadinya.
Pas tu kalau balik umah mesti kena marah ngan mak...mengotorkan baju je katanya.

Tapi itu dulu, sekarang ini itu cuma tinggal memori.......walaupun aku masih disini tapi keadaannya dah berbeza, nak mandi ujan pun dah malu maklumlah dah tua, nak menjala dan tahan pukat pun dah tak boleh dah sebab ikan dah tak ada, yang ada cuma pokok sawit yang tetap setia walaupun ujan ribut melanda......he he

Waktu ujan ni kan kalau pekena kopi O ngan ubi kayu memang terangkat......sedapnya sehingga menjilat jari, mengalahkan ayam goreng KFC, cakap pun tak guna beb.....kalau nak tau cubalah sendiri. Masa ada arwah orang tua aku dulu masa nilah dia akan bercerita tentang kisah hidupnya sewaktu zaman jepun dulu. Susah katanya waktu zaman jepun tu....ubi kayulah makanan diaorang sekeluarga. Kami adik beradik cuma mengangguk saja.......menjadi pendengar yang setia bukan kena bayar pun kan jadi dengor jer lah.

Okaylah next time lar pulak aku citer........aku nak gi KL esok and then trus gi Langkawi, balik dari Langkawi nanti aku citer pulak kisah aku gi Langkawi. Babai...........