Assalamualaikum......Selamat tahun baru 2012, tahun baru, azam baru dan sumanya mesti baru tapi adakah iman kiter ikut baru jugak. Iman kiter hendaklah dipernaharui jugak kalau boleh setiap hari, kerana dengan iman dan taqwa sahaja mampu membuat hidup kiter lebih bahagia.
Taun baru tetap datang walaupun kiter tak bersedia untuk menghadapinya. Bagaimana dengan azam plak, sudah tentunya suma orang mempunyai azam untuk taun baru ini, tak terkecuali jugak ngan aku......apa azam aku taun nih ????.
Suma orang yang dah berkahwin ingin mempunyai cahayamata, tak terkecuali aku dan itulah azam aku taun ni, tapi tak taulah samada akan tercapai atau tak.... hanya Allah yang lebih mengetahui. Sebenarnya aku malu bila suma orang di sekelilingku bertanya tentang anak. Apa yang aku boleh cakapkan hanyalah belum ada rezky untukku lagi.
Tapi derita jiwa aku terpaksa tanggung sendiri, tak kan aku nak hebohkan pada suma orang. Apa yang terdaya aku lakukan setakat ini hanyalah berdoa.....moga Allah makbulkan doaku. Apapun aku redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya termasuklah aku.
Tuesday, January 3, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)