Wednesday, October 19, 2011

Erti Cantik

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang
hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya
tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna,
... sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia.
Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih
perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan
hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di-
sekelilingnya.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua
lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman.
Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan
hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta
pegangan agama yang mantap.

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk
seorang wanita, hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrah-
nya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti
diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya, tiada duanya dan tiada
tiganya, hanya diri anda

Kamu akan tetap cantik tanpa pujian kecantikan darinya.
Kamu akan tetap Indah tanpa sanjungan manisnya.
Kamu akan tetap mempesona tanpa kata-kata pesonanya.
Indahnya dirimu saat kamu mau menjaga dirimu,
Cantiknya dirimu saat kamu mahu menghargai keharmonian.
Lihat seterusnya..

No comments:

Post a Comment