Tuesday, September 22, 2009

4 Golongan Lelaki Ditarik Oleh Wanita

Sewaktu di yaumal akhirat wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na’uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.

PERTAMA – AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya emasa di dunia, iaitu tidak memberikan segaa keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan tarik oleh anak perempuannya. .

KEDUA – SUAMINYA

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA – ABANG-ABANGNYA

Apabila ayah sudha tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT – ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu memuat kemungkaran seperti mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya...

Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan merea yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,

“HAI ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLIMU DARIPADA API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU…”

Kaum wanita, kasihilah ayahmu, suamimu, abang-abang dan anak-anak lelakimu. Kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W.T. bersungguh-sungguh dan ikhlas.

No comments:

Post a Comment