Hari ini umat Islam merayakan AidilAdha atau lebih dikenali sebagai hari raya qurban. Bila tiba hari raya tak kiralah Aidilfitri atau Aidiladha akan menyebabkan aku sebak setiap kali takbir berkumandang. Sayu sungguh rasanya suara takbir dan tahmid yang memuji maha esa membuatkan airmataku mengalir tanpa disedari.
Terkenang kembali saat-saat manis sewaktu kedua arwah orang tuaku masih ada............indahnya saat itu tak mungkin kan berulang kembali tapi kini semuanya tinggal kenangan sahaja. Kini setiap kali hariraya aku hanya merayakannya bersama-sama dengan adik-beradikku yang lain. Keceriaan tetap ada cuma kadangkala kesayuan masih menghambat diri.
Pada yang masih mempunyai orang tua hargailah keduanya semasa hayat mereka masih ada. Kasihanilah dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi kita sewaktu kita masih kecil. Pengorbanan orang tua kita tiada tandingannya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment