Thursday, December 15, 2011

macam-macam musim

Musim cuti sekolah bermula lagi, musim hujan pun dah bermula jugak dah, lagi satu ialah musim orang kawen....time ni lar jugak nak buat majlis kawen. Macam lar masa lain tak bleh nak buat majlis kenduri kawen, tapi yang sebetulnya time ni lar dapat cuti agak panjang sikit berbanding waktu lain, agaknyalah kot.

Baru-baru ni jiran kat kampung aku ada buat majlis kawen untuk anaknya yang bongsu atau kami panggil dia dengan nama gelaran poksu Ha....gamat habis lar bila sumanya geng-gengnya balik untuk meraikan majlis dia. Macam-macam kisah yang terjadi, macam-macam citer yang ada. Bab kutuk-mengutuk ni jangan citerlah dah jadi perkara biasa bagi kami disini.

Yang untungnya kami suma ni jenis yang tak amik hati (kalu nak terasa pn nak cakap apa ye tak), sumanya jenis mulut takde insuran. Cakap main lepas jer...tapi time ni lar dapat berjumpa dan bergurau senda, bukannya selalu dapat berjumpa macam ni.

Apapun seronok dapat berjumpa dengan korang suma...love u guys, entah bila pulak kiter suma dapat berkumpul macam ni balik, maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja dan urusan yang tersendiri. Buat poksu ha selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam rumahtangga, banyak cubaan dan dugaan yang menanti, tanganilah dengan bijaksana ok.

BYYYYYYYYYYYYYYeeeeeeeeeeee

Friday, November 18, 2011

macam-macam ada

Hari raya korban baru saja berlalu, kemeriahannya tetap terasa walaupun tidak semeriah sambutan aidilfitri. Taun nih aku dan keluarga melakukan ibadah korban. Ini juga kali pertama aku berhariraya dengan anak-anak tiri aku walaupun tanpa suami (sebok keje). Apa nak buat kan dah keje terpaksalah.......

Takde persiapan raya yang spesial cuma yang biasa-biasa saje. Malangnya raya korban taun jugak tok guru yang pernah mengajar aku mengaji pergi menghadap ilahi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Esoknya plak adik ipar aku keguguran.....letih jugak aku dibuatnya, maklumlah dari pukul 3.am sehingga ke 11 am aku di spital menguruskan keadaanya. Alhamdullillah akhirnya semuanya berjalan dengan lancar, diapun dah bertambah sihat sekarang nih cuma kena berpantang sikitlah kalau nak cepat sihat. Mungkin belum rezky dia lagi untuk punyai cahayamata.

Aku plak bila nak ada cahayamata????????entahlah aku tak tau......mungkin Allah belum izinkan aku untuk mempunyai cahayamata sendiri. Sapa yang tak nak kan anak.... setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahayamata, tapi.......Allah jua yang menentukan segalanya.

Ni dah time cuti sekolah, maknanya time nih jugak ramai yang mengadakan majlis perkahwinan. Tahniahlah pada yang akan berkahwin tu... selamat memasuki gerbang perkahwinan, banyak asam garam yang terpaksa anda lalui selepas ini, pandai-pandailah ya membawa diri.

Kalau tak ade aral melintang aku n family akan ke sitiawan sok pagi untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sedara aku disana. Time ujan nih risau jugak nak jalan jauh2 ni tapi kalu tak pegi pun tak kena jugak. time aku kawin dulu mak bapak dia sefamily sumanya turun umah aku di kuantan nuh, jadi sekarang masa dia plak, tak kan tak pegi plak kot. sekali skala apa salahnya kan...... sambil tu bleh jugak jalan2 cari makan. Tak kiralah makan angin pun kira ok gak kan hehehe

Wednesday, October 19, 2011

Erti Cantik

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang
hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya
tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna,
... sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia.
Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih
perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan
hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di-
sekelilingnya.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua
lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman.
Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan
hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta
pegangan agama yang mantap.

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk
seorang wanita, hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrah-
nya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti
diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya, tiada duanya dan tiada
tiganya, hanya diri anda

Kamu akan tetap cantik tanpa pujian kecantikan darinya.
Kamu akan tetap Indah tanpa sanjungan manisnya.
Kamu akan tetap mempesona tanpa kata-kata pesonanya.
Indahnya dirimu saat kamu mau menjaga dirimu,
Cantiknya dirimu saat kamu mahu menghargai keharmonian.
Lihat seterusnya..

Tuesday, October 18, 2011

Adakah Kita Akan Kekal Sebagai Suami Isteri Di Akhirat Kelak



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia....

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Tuesday, September 13, 2011

jalan-jalan dihari raya

Baru-baru nih aku n family ada gi jalan-jalan raya, tujuan utamanya adalah nak gi tengok pak sedara aku yang sedang sakit. Pak sedara aku nih tinggal di sitiawan dengan anak dia. Kami bertolak dari umah aku di shah alam lebih kurang pukul 10.30am. Biasalahkan janji nak gi awal tapi macam-macam hal yang berlaku. Suami aku pulak ari tu balik keje lambat sikit dari biasa, katannya eksiden tak abis-abis lagi dari semalam.

Kami singgah sekejap kat kuala selangor untuk makan pagi, sedap gak nasi lemak kat situ tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang melantak kat umah. Sepanjang perjalanan dari kuala selangor ke sitiawan sangat cantik. Kami memilih untuk melalui jalan-jalan kampung, aku lebih suka jalan kampung dari highway kerana boleh tengok keindahan kampung.

Sawah-sawah padi yang terbentang luas disepanjang perjalanan membuatkan aku terleka sebentar. Betapa indahnya hidup didesa.......seronok. Banyak jugak tempat yang kami pergi antaranya Teluk Senangin. Cantik tempat tu tapi sayangnya waktu kami sampai tak orang pun, mungkin sebab bukan waktu cuti sekolah agaknya. Pantainya yang cantik, airnya yang bersih, ikan pun bleh nampak melompat-lompat bermain digigi air. Sesuai untuk para pemancing. Malangnya kami terlupa nak bawa joran, kalau tak dah tentu makan ikan bakar aritu.

On the way nak balik ke shah alam kami singgah di Bidor.... banyaknya orang jual petai kat situ. Macam pesta jual petai plak rasanya. Macam-macam harga yang ditawarkan bergantung kepada sebesar mana ikatan petai tersebut. Aku pun beli gak bawak balik, bukan apa memang aku nih peminat petai jadi bila dah terjumpa yang mjurah tu sambor ajerlah jawabnya. Petai tu aku buat sambal dan sebahagian lagi aku buat jeruk. Sedap oooooooo.......perghhhhhhh rugilah pada sesiapa yang tak makan petai.

Rasanya banyak lagi yang aku nak citerkan nih , tapi nanati lain kali plak lar k.......jumpa lagibbyyyyeeeee


Thursday, July 21, 2011

Kau Dan Aku Yang Mencipta Rindu


..Kekasih,

kau juga hadir seperti bayang-bayang

kau hilang setiap kali rinduku pulang

bagaikan pencinta yang sering memuja

aku juga terus mengejar bayang-bayang

pabila rindu datang bertandang..


..Kekasih,

kau telah ciptakan rindu

sehingga aku terus menunggu

seperti yang pernah dilewati dahulu

yang mencipta satu malam yang indah

seperti yang kita lewati sudah-sudah..

Wednesday, July 20, 2011

Selamat Datang Ramadhan

Sekarang nih banyak iklan tentang kurma dekat tv ditayangkan, itu tandanya bulan ramadhan akan menjelang tak lama lagi. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam. Ramadhan bulan yang suci rahmat melimpah dari ilahi.

Kali ini kali kedua aku menyambut ramadhan tanpa adik beradik disisi........dan kali kedua jugak aku menyambut ramadhan dengan suami dan anak-anak. Kalau dulu akulah yang akan memasak untuk berbuka dan mengejutkan adik beradik ku yang lain tatkala untuk bersahur tapi kini suma itu tak boleh ku lakukan lagi.

Tanggungjawab aku sekarang telah berubah.......keutamaan harus diberikan pada suami dan anak-anak dulu, bukannya aku melupakan mereka cuma tanggungjawab itu lebih utama.

Walau dimana pun aku berada aku tetap berdoa untuk kesejahteraan kalian suma.....

Tuesday, July 12, 2011

Bahagia Di Mata

Bahagia dimata semua orang akan nampak tapi derita dijiwa kiter sendiri yang kena tanggung......dulu aku tak paham apa maksud perkataan tuh tapi kini aku semakin memahami setiap patah perkataan dari ayat tersebut.

Kerana kehidupan mengajar aku untuk lebih mendalaminya dan lebih memahaminya. Benar kata orang perkahwinan itu satu perjudian bergantung kepada nasib dan cara pembawaan masing-masing. Sebagai wanita kiter sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk diri kiter dan orang-orang yang ada di sekeliling kiter tapi mampukah kiter untuk melaksanakanya.

Kejujuran dan keikhlasan memang sangat penting dalam setiap perhubungan, kerna tanpanya mungkin kiter akan senantiasa akan diselubungi kekecewaan. Kecewa yang teramat sangat.....

Tapi apapun sebagai hamba kiter mesti ingat yang ini mungkin ujian untuk kiter...mengadulah padanya yang maha berkuasa kerana sesungguhnya Allah tidak pernah menghampakan makhluknya., cuma kiter saja yang selalu lupa padanya.

Friday, July 1, 2011

Luuukaaaa

Luka........senang untuk diucap, senang untuk ditulis tapi tak semudah untuk menghadapinya, kalau luka tuh kecik senang sikitlah untuk mengendalikannya tapi kalu dah merebak mungkin amik masa sikit untuk mengubati dan menyembuhkannya.

Banyak orang cakap luka ditangan nampak berdarah tapi luka dihati siapa yang tau, aku amat akui itu. Luka nih banyak kategori..,kalau nak tau lebih lanjut kena tanya doktor kerna aku bukanlah seorang yang arif tentang luka tapi aku seorang insan yang terluka.

Bukan terluka ditangan atau dibadan tapi sebaliknya aku terluka dihati.......aku tak tau nak takrifkan bagaimana keadaanya luka dihati ini cuma orang yang mengalaminya saja yang tau. Luarannya nampak cantik dan kemas tapi didalamnya hancur berkecai bak kaca terhempas kebatu. Inilah situasi yang aku alami sekarang nih.

Hakikatnya bukan mudah untuk aku menyembuhkan luka ni tapi aku gagahi jua mengikut arus,aku tak tau sampai bila aku akan bertahan, apa yang aku harapkan muga Allah menberikan kesabaran pada aku untuk menghadapinya dengan sebaik mungkin dan ini jugak mungkin ujian tuhan untuk aku hambanya.

Mungkin jugak ada hikmah disebaliknya.....sape tau. Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menempuh segala cabaran.

Tuesday, June 21, 2011

Kongsiiiiiiii

Salam........arini aku nak citer tentang kongsi @ share dalam bahasa omputih. Pada aku lar kongsi nih kalau kena dengan caranya buleh bawa bahagia atau kesenangan pada seseorang ataupun bisnes, tapi kalau silap jalan buleh bawa sengsara and merana jiwa dibuatnya.

Bukannya aku nih pandai sangat nak tafsir maksud kongsi nih, tapi ini adalah mengikut pandangan aku yang tersendiri tanpa menyentuh mana-mana pihak baik yang hidup ataupun yang mati hehehe.

Pertama skali kongsi kasih, dalam bab nih, kita janganlah mudah terpedaya......sebabnya kalau kiter nih baik sangat nanti tak pasal-pasal kiter pulak yang terpaksa menagih kasih. Tak ke haru macam tu, kiter punyer lar baik hati, kesian lar konon tapi akhirnya kiter pulak yang terpaksa mengalah, bukan ler kiter nih takut tapi sebenarnya malas nak ber..............paham-paham jer lar ya

Kalau dalam bisnes slalunya kiter nak cari rakan kongsi, barulah orang kater ada semangat sikit nak niaga. Tapi kiter perlu jugak berhati-hati dalam memilih rakan kongsi, susah senang biarlah sama-sama tanggung, jangan susah sama-sama tanggung bila dah senang dia kaut suma.....hampeh punyer rakan kongsi.

Pendek kater lar kongsi nih mempunyai maksud yang tersendiri bergantung kepada niat kiter. Kalau baik niatnya baiklah jadinya dan begitu jugak sebaliknya. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang jahatnya dari diri kiter sendiri, betoi tak .........

Thursday, June 9, 2011

Arrrggggghhhhhhh

Assalamualaikum..........arghhhhhhhhhhh, dah terlalu lamer rasenya aku tak menulis, aku pun tak tau macam mana nak mulakannya semulanya, sumanya serba baru bagi aku kini. Hampir setengah taun aku tak menulis dan kini rindu untuk menulis kembali semula.

Mampukah aku untuk menulis catatan yang tak seberapa nih...otak aku pun dah tak berapa nak jalan dah sekarang nih dek kerna terlalu lama tak menulis, agaknya dah nak berkarat kot.....nak kater sibuk taklah aku ni sibuk manapun cuma kelengkapan tuk menulis tuh nak berapa nak mencukupi sekarang nih.... aku dah takder komputer huh huh huh sedihnya aku.

Hari nih aku dapat melepaskan sedikit kerinduan aku, bila dapat tulis sikit-sikit. Walaupun sekejap tapi sekurang-kurangnya dapat melepaskan tension yang sekian lama terpendam di otak aku nih. Rasa tersangatlah hepinya hip hip hooray.