Wednesday, January 27, 2010

Macam-Macam Ada

Hari nih aku ada masak special sikit iaitu daging rusa goreng ngan kacang buncis...........daging rusa nih memang sedap, buatlah apa pun rendang ke, kari, masak lemak clili api ataupun goreng cam tu ajer pun memang sedap. Dagingnya halus dan lembut. Umah aku kalau time ari raya daging rusa nih memang tak tinggal, main dish lar kiranya.



Posing maut dari Widad..........anak sedara aku nih kalau bab bergambar jangan citerlah memang dia cukup suka, dia bukan kira tak berbaju pun dia boleh bergambar dengan senang hati, peduli apa dengan orang nak cakap janji posing mesti nak punyer.



Inilah dia projek cili kecil yang diusahakan oleh adik aku iaitu Atan, bukan projek besar pun tapi projek saja suka-suka untuk memenuhi masa lapang yang dah tak berapa nak lapang nih. Okey jugak lar projek nih.......sebabnya dah boleh makan hasil dah, lepas lar daripada membeli. Betullah kata orang tua-tua berbudi pada tanah pasti dapat hasilnya. Yang penting mesti rajin berusaha....................pikir sendiri lar kan.

Tak banyak masaalah nak jaga cili nih cuma kena siram dan baja yang sesuai, insyaallah ok lar dia, tapi kat tempat aku nih satu masaalah yang jadi sebutan di kalangan orang-orang kampung ialah lembu yang selalu berkeliaran. Habis semua tanaman orang kampung di bahamnya.

Aku nih bukannya jenis yang rajin menanam.........rajin memetik tu ada lar, bukannya apa bila tengok buah cili yang kemerah-merahan tu nampak cantik pulak, kalau tak diambil rugi pulak kan, jadi aku lah tukang memetik yang utama hehehe.

No comments:

Post a Comment