Wednesday, July 20, 2011

Selamat Datang Ramadhan

Sekarang nih banyak iklan tentang kurma dekat tv ditayangkan, itu tandanya bulan ramadhan akan menjelang tak lama lagi. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam. Ramadhan bulan yang suci rahmat melimpah dari ilahi.

Kali ini kali kedua aku menyambut ramadhan tanpa adik beradik disisi........dan kali kedua jugak aku menyambut ramadhan dengan suami dan anak-anak. Kalau dulu akulah yang akan memasak untuk berbuka dan mengejutkan adik beradik ku yang lain tatkala untuk bersahur tapi kini suma itu tak boleh ku lakukan lagi.

Tanggungjawab aku sekarang telah berubah.......keutamaan harus diberikan pada suami dan anak-anak dulu, bukannya aku melupakan mereka cuma tanggungjawab itu lebih utama.

Walau dimana pun aku berada aku tetap berdoa untuk kesejahteraan kalian suma.....

Tuesday, July 12, 2011

Bahagia Di Mata

Bahagia dimata semua orang akan nampak tapi derita dijiwa kiter sendiri yang kena tanggung......dulu aku tak paham apa maksud perkataan tuh tapi kini aku semakin memahami setiap patah perkataan dari ayat tersebut.

Kerana kehidupan mengajar aku untuk lebih mendalaminya dan lebih memahaminya. Benar kata orang perkahwinan itu satu perjudian bergantung kepada nasib dan cara pembawaan masing-masing. Sebagai wanita kiter sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk diri kiter dan orang-orang yang ada di sekeliling kiter tapi mampukah kiter untuk melaksanakanya.

Kejujuran dan keikhlasan memang sangat penting dalam setiap perhubungan, kerna tanpanya mungkin kiter akan senantiasa akan diselubungi kekecewaan. Kecewa yang teramat sangat.....

Tapi apapun sebagai hamba kiter mesti ingat yang ini mungkin ujian untuk kiter...mengadulah padanya yang maha berkuasa kerana sesungguhnya Allah tidak pernah menghampakan makhluknya., cuma kiter saja yang selalu lupa padanya.

Friday, July 1, 2011

Luuukaaaa

Luka........senang untuk diucap, senang untuk ditulis tapi tak semudah untuk menghadapinya, kalau luka tuh kecik senang sikitlah untuk mengendalikannya tapi kalu dah merebak mungkin amik masa sikit untuk mengubati dan menyembuhkannya.

Banyak orang cakap luka ditangan nampak berdarah tapi luka dihati siapa yang tau, aku amat akui itu. Luka nih banyak kategori..,kalau nak tau lebih lanjut kena tanya doktor kerna aku bukanlah seorang yang arif tentang luka tapi aku seorang insan yang terluka.

Bukan terluka ditangan atau dibadan tapi sebaliknya aku terluka dihati.......aku tak tau nak takrifkan bagaimana keadaanya luka dihati ini cuma orang yang mengalaminya saja yang tau. Luarannya nampak cantik dan kemas tapi didalamnya hancur berkecai bak kaca terhempas kebatu. Inilah situasi yang aku alami sekarang nih.

Hakikatnya bukan mudah untuk aku menyembuhkan luka ni tapi aku gagahi jua mengikut arus,aku tak tau sampai bila aku akan bertahan, apa yang aku harapkan muga Allah menberikan kesabaran pada aku untuk menghadapinya dengan sebaik mungkin dan ini jugak mungkin ujian tuhan untuk aku hambanya.

Mungkin jugak ada hikmah disebaliknya.....sape tau. Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menempuh segala cabaran.

Tuesday, June 21, 2011

Kongsiiiiiiii

Salam........arini aku nak citer tentang kongsi @ share dalam bahasa omputih. Pada aku lar kongsi nih kalau kena dengan caranya buleh bawa bahagia atau kesenangan pada seseorang ataupun bisnes, tapi kalau silap jalan buleh bawa sengsara and merana jiwa dibuatnya.

Bukannya aku nih pandai sangat nak tafsir maksud kongsi nih, tapi ini adalah mengikut pandangan aku yang tersendiri tanpa menyentuh mana-mana pihak baik yang hidup ataupun yang mati hehehe.

Pertama skali kongsi kasih, dalam bab nih, kita janganlah mudah terpedaya......sebabnya kalau kiter nih baik sangat nanti tak pasal-pasal kiter pulak yang terpaksa menagih kasih. Tak ke haru macam tu, kiter punyer lar baik hati, kesian lar konon tapi akhirnya kiter pulak yang terpaksa mengalah, bukan ler kiter nih takut tapi sebenarnya malas nak ber..............paham-paham jer lar ya

Kalau dalam bisnes slalunya kiter nak cari rakan kongsi, barulah orang kater ada semangat sikit nak niaga. Tapi kiter perlu jugak berhati-hati dalam memilih rakan kongsi, susah senang biarlah sama-sama tanggung, jangan susah sama-sama tanggung bila dah senang dia kaut suma.....hampeh punyer rakan kongsi.

Pendek kater lar kongsi nih mempunyai maksud yang tersendiri bergantung kepada niat kiter. Kalau baik niatnya baiklah jadinya dan begitu jugak sebaliknya. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang jahatnya dari diri kiter sendiri, betoi tak .........

Thursday, June 9, 2011

Arrrggggghhhhhhh

Assalamualaikum..........arghhhhhhhhhhh, dah terlalu lamer rasenya aku tak menulis, aku pun tak tau macam mana nak mulakannya semulanya, sumanya serba baru bagi aku kini. Hampir setengah taun aku tak menulis dan kini rindu untuk menulis kembali semula.

Mampukah aku untuk menulis catatan yang tak seberapa nih...otak aku pun dah tak berapa nak jalan dah sekarang nih dek kerna terlalu lama tak menulis, agaknya dah nak berkarat kot.....nak kater sibuk taklah aku ni sibuk manapun cuma kelengkapan tuk menulis tuh nak berapa nak mencukupi sekarang nih.... aku dah takder komputer huh huh huh sedihnya aku.

Hari nih aku dapat melepaskan sedikit kerinduan aku, bila dapat tulis sikit-sikit. Walaupun sekejap tapi sekurang-kurangnya dapat melepaskan tension yang sekian lama terpendam di otak aku nih. Rasa tersangatlah hepinya hip hip hooray.

Thursday, September 9, 2010

Salam AidilFitri Salam Ingatan

Salam AidilFitri untuk suma........Bila AidilFitri menjelma maka akan berakhirlah Ramadhan, ramai orang tertunggu-tunggu akan ketibaan syawal yang pastinya akan disambut ngan meriah oleh segenap masyarakat untuk diraikan bersama-sama ngan seluruh ahli keluarga.

Waktu-waktu beginilah biasanya suma ahli keluarga akan berkumpul dan saling bermaafan diantara satu sama lain kerna di masa yang lain kesibukkan kerja mengatasi segalanya. Aidilfitri sebenarnya merapatkan hubungan diantara kita.

Walaupun seronok menyambut kedatangan syawal tapi kenangan dengan orang-orang yang tersayang yang telah tiada tetap terpahat di ingatan.......Bagiku kenangan berhari raya sewaktu masih punya kedua orang tua amatlah indah jika dibandinngkan ngan sekarang.

Kini aku berhariraya ngan adik beradik, kemeriahan tetap ada cuma kurang sikit lar sebab kedua orangtua kami dah tiada, lagipun kami masing-masing pun dah dewasa (dah tua pun) jadi syawal tu hanya disambut sekadar biasa ajer setakat yang termampu.

Lemang tetap juga disediakan, cuma dodol ajer yang kami tak buat dah.....sejak arwah mak tak der dodol pun tak der (dodol tu kegemaran arwah mak, setiap kali raya dodol adalah satu benda yang mesti dibuat olehnya, tukang kacaunya adik aku si atan aku cuma makan jer hehehe)

Apapun aidilfitri adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang berpose, nikmat yang Allah bagi selepas sebulan kita pose, tapi kadang-kadang orang yang tak poser tu yang raya lebih-lebih mengalahkan kita yang pose nih.

Salam Adilfitri untuk suma andainya ada salah silap harap dimaafkan kerna sebagai manusia kita tak lepas dari membuat kesilapan. Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin.

Sunday, August 22, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum........salam Ramadhan untuk suma, dah terlalu lama rasanya aku tak menulis, rasa rindu untuk menulis tetap ada cuma kadang-kadang waktu yang membataskan aku untuk berbuat demikian. Tahun nih taun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri.

Takde lar ape yang seronoknya pun, cuma kalau dulu aku menyambut ramadhan dan berpuasa bersama dengan adik beradik kini aku berpuasa dengan suami dan anak-anak. Bagi aku suasana bulan ramadhan akan lebih terasa bila berada di kampung bersama dengan adik beradik aku yang lain.

Di bandar nih suasananya agak berbeza, maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja, kalau di kampung aku bulan puasa bulan yang ditunggu oleh budak2 kerana banyak surau serta masjid mengadakan majlis berbuka poser, bunyi mercun dan meriam buluh pun dah mula berkumandang di udara....hehehe macam lagu lar plak.

Yang seronoknya petang ari ajer mesti ada sesi berbalas juadah berbuka diantara jiran2 sekampung, macam2 kuih ade tak yah nak beli lagi dah, buat sejenis kuih jer tapi dapatnya kadang-kadang sampai 3-4 jenis......tapi suma tu aku tak dapatkan rasakan sejak duk di kota nih., bukan lar takde kuih plak kat bandar ni cuma sesi berbalas juadah berbuka tu tak der.... Sape nak kuih gi lar sendiri beli kat bazar ramadhan.

Apapun manfaatkan bulan ramadhan nih dengan amalan-amalan kebaikan kerana ramadhan bulan yang penuh berkat dan rahmat. Kuatkan iman dan ibadah kiter di bulan ni.......selamat berpose dan selamat beramal.