Saturday, January 2, 2010
Aku Dan Diriku
Inilah aku sebenarnya.........................Seorang yang biasa, agak sensitive (bukan selalu), very caring,loving, loyal, responsible and humble (angkat bakul beb he he) dan kadang-kadang boleh jadi seorang yang garang bergantung kepada keadaan. Sometimes can be a romantic person to depends on mood lar.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana (dulu susah jugak maklumlah duduk felda). Aku ada tujuh orang adik beradik.Aku ada 3 orang abang dan 3 orang adik dan sumanya lelaki. Aku anak perempuan tunggal dalam keluarga. Ramai orang cakap aku anak manja (ank pompuan soranglah katakan) tapi sebenarnya tak, manja-manja ni tak mainlah..........tapi apa yang aku tau sumanya yang aku nak pasti dapat cuma lambat ngan cepat jer.
Arwah ayah meninggal waktu aku berusia 17 tahun, jadi tinggallah aku dengan arwah mak dan adik beradik yang lain. Aku amat rapat dengan arwah mak aku ni, macam kawan jer kami berdua ni tapi apakan daya Allah lebih menyayangi beliau. Arwah mak aku meninggal pada 13hb. Julai 2006. Hilang tempat untuk aku bermanja dan bergantung harap, waktu tu aku rasakan dunia aku gelap.............
Tapi alhamdulillah aku sungguh bertuah kerana mempunyai adik beradik yang begitu ambil berat tentang diriku.. Ramai orang anggap aku seorang yang tabah, sebenarnya....... tidak nampak jer aku nih tabah dan kuat tapi hakikatnya lemah u.
Adik beradik aku nilah sebenarnya kekuatan dan tulang belakang aku selama ini, tanpa mereka tak mungkin aku boleh jadi sekuat sekarang. Lagipun sekarang nih aku ada seorang ipar yang very understanding..............satu geng ngan aku. Aku pun tak anggap dia ipar sebenarnya macam adik jer coz dia lebih muda dari aku tapi hormat tetap ada.
Apapun aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga ni, walaupun kami tak berpelajaran tinggi dan bergaji besau tapi sumanya jadi manusia. Terima kasih semua kerana menyayangi dan mengasihi aku sebaiknya. Aku sayang korang suma..................LUV U ALL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment