Friday, January 15, 2010

Belajar Masak "Chakren"


Dah seminggu dah aku tak tulis apa-apa dalam blog aku nih................sejak akhir-akhir nih aku agak sibuk sikit memandangkan masa dah semakin dekat menghampiri tapi aku masih tak buat apa-apa lagi, sikit-sikit persiapan tu adalah.

Sekarang nih pun masih hujan lagi tapi dah kurang sikit berbanding ngan bulan lepas, kalau bulan lepas hujan tak berenti-renti, banyak kerja yang tergendala dibuatnya. Apapun hujan itu satu rahmat sebenarnya cuma kadang-kadang kita manusia sahaja yang tak pandai menghargai nikmat Allah. Hujan salah panas pun salah tak taulah macam mana nak cakap.

Arini aku belajar satu masakan antarabangsa iaitu masakan dari kemboja yang diberi nama "chakren" apa maksud dia aku pun tak tau tapi yang pastinya masakan ini fuhh pedas giler beb.....bagi sesapa yang mengemari masakan pedas memang kena sangatlah.

Aku belajar masakan ini dari orang umah anak sedara aku ( dia kawin ngan orang kemboja), dah lama aku teringin nak makan masakan dia, akhirnya dapat juga........masakan nih sempoi ajer, bahan-bahannya pun mudah tapi yang penting sedapppp. Masakan nih tak menggunakan santan pun, kira makanan sihat jugak lar kan.

Apapun itulah resepi masakan kemboja yang pertama aku belajar, kira oklah kan.........

No comments:

Post a Comment