>
>
>
> Ya Allah.... takutnyer.... bacelah sampai habis.. skjap
> jer..
> x smp 5 minit..pun!!!
>
>
> YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan
> peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri/suami kami,
> anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari
> azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
>
> Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA
> ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA
> ALLAH.
>
> Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan
> terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA
> ALLAH......AMIN.....
>
>
>
> .: Luasnya Neraka :.
>
>
> Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail
> datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang
> dalam keadaan berubah mukanya,
>
>
> maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau
> berubah muka?'
>
> Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat
> Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka
> tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam
> itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu
> terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
> aman dari padanya.'
>
> Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan
> padaku sifat
> Jahannam.'
>
> Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
> dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian
> dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu
> tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah
> padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
> dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
> akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
>
>
> Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
> baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
> nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
>
> Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
> pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu
> diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
> bumi yg ke tujuh.
>
> Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang
> di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang
> yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
> sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas
> campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
>
> Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
> bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
> perempuan.'
>
> Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan
> pintu-pintu rumah kami?'
>
> Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
>
> bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan
> 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
> ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
> panas)
>
> Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk
> masing-masing pintu?'
> Jawab Jibrail:
> 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
> orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat
> nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya
> Al-Hawiyah.
> Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
>
> Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
>
> Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
> majusi bernama Ladha,
>
> Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
>
> Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
>
> Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
> ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke
> tujuh?'
>
> Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
> dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
>
> Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan
> itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di
> pangkuannya sehingga sedar kembali dan
>
> sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh
> besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang
> dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
>
> Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
> ummatmu.'
>
> Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
> kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak
> keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
> berbicara dengan orang dan bila sembahyang
> selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab
> 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
>
> Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan
> maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
> terik matahari Ku.
>
> Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
>
> 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
>
> 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
>
> 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
>
> 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
>
> 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
>
> 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
>
> 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
>
> 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
> ular
>
> 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
> mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
>
> 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
> 70,000 rantai
>
> 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
>
>
> Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
> semua.....Wallahua'lam.
>
>
> Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
>
> Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah
> Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk
> hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam
> Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh
> sekalian makhluk.
>
>
> Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
>
>
> Rasulullah S.A..W bersabda:' Sampaikanlah pesanku
> biarpun satu ayat..
>
>
> SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI
> HARI QIAMAT KELAK!!!
>
>
> Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
> makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri
> tegak di kubur masing-masing selama
> 44 tahun UMUR AKHIRAT
> dalam keadaan
> TIDAK MAKAN
> dan
> TIDAK MINUM
> ,
> TIDAK DUDUK
> dan
> TIDAKBERCAKAP
> .
>
> Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita
> dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
> qiamat?'
>
> Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana
> WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila
> qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin
> sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
> sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
>
> Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
> 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
> debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
> sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan
> memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para
> mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
> hamba-hamba Ku.
>
> Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang
> yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit
> dalam tubuh asal diwaktu mati :-
> 1. Para Nabi
> 2 Para Ahli Jihad
> 3. Para Alim Ulama
> 4. Para Syuhada
> 5. Para Penghafal Al Quran
> 6. Imam atau Pemimpin yang Adil
> 7. Tukang Azan
> 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
> 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
> 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
> mereka
> itu dari kalangan orang yang beriman.
>
> Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
> sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan
> orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka
> Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
> ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
> hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di
> dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan
> mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.
> '
>
> Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan
> dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua
> datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat
> Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan
> minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
> daun-daun kayu di bumi.
>
> Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi
> makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang
> difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
>
> 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang
> telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
>
> Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
> bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. '
> Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam
> akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
>
> Untuk renungan dan amalan bersama ..
>
> DOA IKAN NUN:
> 'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU
> MINALZHAALIMIIN'
>
No comments:
Post a Comment