Bila tiba bulan pose ni buat aku teringat tentang kisah aku kecik-kecik dulu. Time ni aku,adik-adik and kengkawan sibuk la nak cari buah sawit kering untuk dijadikan pelita. Pelita minyak tanah pun ada gak masa tu tapi kami lebih suka gunakan buah sawit sebab ianya tak payah nak di beli cuma kena nak kena gi cari jer.
Balik aje dari sekolah kami dah mula sibuk aku, adik-adik and kengkawan ada la dalam lima enam orang pergilah ke ladang yang terdekat dengan umah kita orang untuk kutip buah sawit kering. Masing-masing bawak la beg plastik untuk di isikan sawit tadi. waktu tu cukup excited la kalau ada sesapa yang dapat kumpul banyak.
Buah sawit ni tak boleh nak dibiarkan macam tu jer, bila semua dah dapat kutip kami pun mulalah melakukan proses yang pertama iaitu proses mengetuknya sehingga jadi seleper yang mungkin. bukannya apa supaya senang nak dibakar nanti. Lepas aje maghrib kami pun turunlah.........mula mula sekali buah sawit yang telah siap tadi di longgokan mengikut besar mana yang kita suka, kecik boleh besar pun boleh, biasanya kita orang buat di depan umah aje dalam tiga empat longgok gitu, kemudian bolehlah di bakar.
Bau buah sawit yang di bakar ni taklah sesedap mana, tapi keseronokan tu yang penting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment