Thursday, August 27, 2009

Budu Oh Budu

KHASIAT
> BUDU
> Budu merupakan makanan traditional
> Kelantan dan Terengganu
> yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang
> dijeruk sehingga
> hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri
> sebelah pantai timur
> Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para
> ahli pemakanan
> berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand
> dan Jerman.
>
> Penemuan baru-baru ini membuktikan
> kandungan budu memiliki
> gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa
> toxic dan meningkatkan
> daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai
> penyakit merbahaya
> dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan
> bagi golongan
> yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap
> makan "kuno".
>
> Budu didapati berpotensi untuk melawan
> radikal bebas dan
> dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah
> terjadinya penyakit
> degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung,
> penyakit kencing manis,
> kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian
> mendalam juga mendapati
> budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab
> [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)]
> , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
> hipertensi.Budu
> memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan
> dimanfaatkan oleh
> tubuh berbanding jenis protein yang lain.
> Khasiat budu yang diproses dari ikan
> bilis yang diperam
> terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita
> penyakit diarrhoea
> kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan
> budu sebagai makanan
> sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan
> bagi golongan
> yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta
> menyembuhkannya dalam
> waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada
> sesiapa yang memakannya.
> kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan
> memperkukuhkan ikatan di
> antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang
> lemah.
> Pemakanan budu turut bertindak
> membantutkan pertumbuhan
> bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala
> flatulensi dan masalah
> kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok
> vitamin yang
> terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B
> kompleks) dan vitamin
> larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber
> vitamin B yang
> paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti
> vitamin B1 (thiamin),
> vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin,
> vitamin B6 dan
> vitamin B12 (sianokobalamin) .
> Secara saintifik, budu merupakan
> penyumbang utama vitamin
> B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan
> Citrobacter
> frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari
> mana-mana sumber
> makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12
> ini perlu untuk
> pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini
> mengakibatkan
> terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut
> dan berat badan
> menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5
> sehingga 6.3
> mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2
> sudu besar. Jumlah
> ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam
> sehari. Dengan
> adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak
> perlu lagi merasa
> khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain
> pembekal kepada
> protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan
> mikro dalam
> jumlah yang cukup.
> Jumlah mineral zat besi, kalsium dan
> magnesium adalah sebanyak
> 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu
> juga mengandungi
> zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya
> vitamin C, vitamin
> E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang
> sangat diperlukan
> oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal
> bebas. Radikal
> bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau
> lebih elektron
> yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif
> hingga menyebabkan
> ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal
> bebas didapati
> berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari
> reaksi yang terjadi
> di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan
> mencegah pembentukan
> radikal bebas tersebut.
> Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan
> terdapat 3 jenis
> isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan
> genistien. Pada
> budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga
> antioksidan faktor 11
> (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat
> antioksidan paling
> kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
> Penelitian yang dilakukan
> di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan
> bahawa unsur genestein
> dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat
> mencegah penyakit
> kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
> Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan
> salah satu bentuk
> kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di
> dalam dinding
> pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut
> aterosklerosis. Ini mungkin
> disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan
> keturunan. Manakala
> faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah
> (hiperkolestrolemia
> ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.
> Pemakanan budu
> yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak
> darah) seperti
> kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E,
> karotenoid dan kalsium.
> Satu ujikaji rambang yang dijalankan,
> mendapati pengambilan
> budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat
> menurunkan kadar kolestrol
> ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein
> yang berkualiti
> tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary
> fiber) yang baik.
> Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8
> hingga 10% bagi
> setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat
> yang dianjurkan
> oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam
> ikan-ikan atau
> sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk
> dicernakan. Dari
> apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta
> kebaikan sepiring
> budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan
> malam melampau
> jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai
> vitamin yang
> memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
>
>
>
> Sumber kutipan dari
> Laman Ceruk Rantau
> Paku

No comments:

Post a Comment