Athirah dan adik-adiknya Asilah, Amiera dan Afiq.
Ini pulak si Amiera dan Asilah dan yang kecik tu sape lagi kalu bukan Widad.
Athirah................nama ini cukup sinonim dengan family aku suatu masa dulu, kami satu family memang sayang pada dia, tak lama pas tu adik dia pulak lahir adik dia Afiq namanya, budak dua orang ini memang menjadi kesayangan kami sekeluarga. Arwah mak aku dulu mengasuh budak dua orang ini sejak dari lepas pantang lagi sehinggalah umur Athirah hampir 2 tahun.
Maklumlah pada waktu tu kami mana ada anak sedara jadi pada mereka berdualah tempat kami mencurahkan kasih, sayangnya tak terkira macam anak sedara sendiri jer.....tapi sekarang mereka berdua dah besar, Athirah pun dah masuk U dah sekarang nih........Maknu harap hubungan silaturrahim kita akan berkekalan.
Terima kasih atas layanan baik semasa kami berkunjung kesana tempohari, rasa tak puas sebab sekejap sangat.......InsyaAllah ada masa kami akan kesana lagi.
No comments:
Post a Comment