Saturday, December 19, 2009

Cerita Musim Tengkujuh

Hujan...................Dah seminggu dah hujan kat tempat aku ni tak berenti-berenti lagi nih.....semua program terpaksa ditangguhkan dulu maklumlah musim-musim hujan ini orang nak kuar umah pun malas, baik duk umah tido lagi best ya tak ...

Tiba musim tengkujuh ni banyak meninggalkan memori silam waktu aku kecik-kecik dulu. Time ujan macam ni (ujan banjir) pasti aku tak lepaskan peluang untuk mandi hujan. Seronok giler beb..terasa waktu tu dunia ini aku yang punya, yalah waktu tu kecik lagi mana ada masaalah yang tau cuma makan tidor jer....kalaulah boleh kembali kezaman masa bebudak dulu alangkah seronoknya....

Lagi satu yang seronoknya musim ujan kat tempat aku ni ialah ikan sungai, waktu nilah ikan-ikan sungai ni cukup banyak.....kalau kat tempat aku waktu macam nilah bebudak lelaki sibuk nak menjala dan tahan pukat, aku pun tumpang gak sekaki, bukan apa saja seronok jer bila tengok jala dan pukat diaorang penuh ngan ikan.

Umah aku ni dekat ngan ladang sawit, jadi kalau waktu ujan banjir ni memang best, sebab boleh meranduk air...........tak ada siapa yang nak marah cuma kena hati-hatilah sikit takut terkena pelepah sawit yang dihanyutkan oleh air nanti tak pasal-pasal kena pi spital..... kan haru jadinya.
Pas tu kalau balik umah mesti kena marah ngan mak...mengotorkan baju je katanya.

Tapi itu dulu, sekarang ini itu cuma tinggal memori.......walaupun aku masih disini tapi keadaannya dah berbeza, nak mandi ujan pun dah malu maklumlah dah tua, nak menjala dan tahan pukat pun dah tak boleh dah sebab ikan dah tak ada, yang ada cuma pokok sawit yang tetap setia walaupun ujan ribut melanda......he he

Waktu ujan ni kan kalau pekena kopi O ngan ubi kayu memang terangkat......sedapnya sehingga menjilat jari, mengalahkan ayam goreng KFC, cakap pun tak guna beb.....kalau nak tau cubalah sendiri. Masa ada arwah orang tua aku dulu masa nilah dia akan bercerita tentang kisah hidupnya sewaktu zaman jepun dulu. Susah katanya waktu zaman jepun tu....ubi kayulah makanan diaorang sekeluarga. Kami adik beradik cuma mengangguk saja.......menjadi pendengar yang setia bukan kena bayar pun kan jadi dengor jer lah.

Okaylah next time lar pulak aku citer........aku nak gi KL esok and then trus gi Langkawi, balik dari Langkawi nanti aku citer pulak kisah aku gi Langkawi. Babai...........

2 comments:

  1. Huhan lebat tak pe.. tapi jangan banjir sian lah kat orang yang rumah di tempat rendah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, jazakillahi khairah kerana menjadi pengikut blog: yayasan-ilmu.blogspot.com. Blog memaparkan ilmu yg jarang didapati kerana ramai ustaz tak cakappun pasalnya, tapi amat berguna kepada kita sebagai panduan hidup Muslim yg ingin berjinak-jinak dgn al-Quran dan as-Sunnah - dua panduan yg hak.
    Kalau ada rakan-rakan yg lain bagi tahulah. kalau ada soalan boleh tanya untuk mendapat penjelasan, insya Allah akan dijawab.

    ReplyDelete